7 Idea Promosi Blog Secara Percuma Di Internet | Bina Blog Dot Com Sendiri

7 Idea Promosi Blog Secara Percuma Di Internet

teknik-promosi-blog
Pemasaran blog merupakan antara topik yang lazim diperkatakan dalam kalangan para penulis blog.

Meskipun kita tahu bahawa pemasaran bukan satu-satunya sebab kenapa sesebuah blog itu berjaya, perkara ini tidak harus kita abaikan.

Melalui pemasaran, kita akan menerima pelawat dan pembaca baharu. Mereka ini akan datang meneliti dan memahami setiap kandungan yang telah kita terbitkan dan membuat konklusi masing-masing.

Sebahagian kecil daripada mereka akan bertindak untuk menjadi pembaca setia kita dan sebahagiannya pula akan meninggalkan blog kita begitu sahaja.

Hari ini, kita akan lihat bagaimana cara untuk mempromosikan blog secara percuma untuk tujuan mendapatkan pelawat dan pembaca baharu.

#1 – Menggunakan Media Sosial

Media sosial mempunyai kuasanya yang cukup hebat. Kita boleh lihat trend pengguna media sosial sekarang yang aktif untuk berkongsi sesuatu perkara yang pada fikiran mereka bermanfaat dan menarik.

Sebagai seorang penulis, anda boleh bina jaringan anda sendiri melalui media sosial dan promosikan kandungan terbaru yang diterbitkan pada blog kepada mereka yang mengikuti anda di media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya.

#2 – Guest Blogging

Guest blogging atau penulis jemputan boleh dibahagikan kepada dua:

  • kita menulis di blog orang lain sebagai penulis
  • orang lain menulis di blog kita sebagai penulis

Baik. Kedua-dua adalah baik untuk pemasaran blog kita. Kelebihan guest blogging adalah, kita menerima pembaca setia yang datang daripada penulis berpengaruh.

Apabila kita menulis di sesebuah blog, pembaca daripada blog tersebut akan datang membaca blog kita.

Dan, apabila kita menerima sumbangan artikel daripada penulis luar pula, si penulis akan membawa para pengikutnya datang membaca artikelnya di blog kita.

#3 – Email Signature

Walaupun emel tidak menjadi pilihan utama para pengguna Internet masa kini, namun ianya masih lagi digunakan secara meluas sebagai salah satu medium komunikasi.

Cara kreatif untuk mempromosikan blog melalui emel adalah dengan meletakkan URL blog kita di penghujung emel. Yakni, di ruangan tandatangan (signature). Mudah.

#4 – Video di YouTube

Video merupakan kandungan yang semakin popular dari hari ke hari. Oleh yang demikian, sebagai penulis, anda boleh gunakan medium YouTube untuk mempromosikan blog anda.

Rakam video tutorial, kongsi pendapat, cerita di sebalik tabir kisah penulisan dan kisah peribadi anda dan muat naik di YouTube. Letakkan URL blog anda di akhir video dan siap sedia untuk menerima para pembaca baharu!

#5 – Laman Ping Aggregator

Mungkin terma ini masih baru bagi anda. Baik. Ping Aggregator merupakan satu laman yang membenarkan pengguna berdaftar untuk berkongsi kandungan terkini pada blog bersama para pengguna yang lain.

Antara laman ping aggregator tempatan yang boleh anda gunakan adalah: Negaraku, Blogr, Kartikel, Busuk dan GilaPing.

#6 – Social Bookmarking

Istilah ‘bookmark’ jika digunakan sewaktu proses pelayaran web adalah menyimpan sesebuah halaman kegemaran kita agar mudah diakses semula apabila perlu.

Sama seperti dunia web, social bookmarking membenarkan para pengguna untuk berkongsi kandungan kegemaran mereka mengikut topik-topik khas. Setiap topik ini pula mempunyai para pengikutnya sendiri.

Antara laman social bookmarking yang boleh anda gunakan adalah: DeliciousStumbleuponRedditChime dan banyak lagi.

#7 – Blog Comment

Dengan meninggalkan komen kita di artikel para penulis lain, kita juga boleh menerima para pembaca baharu. Para pembaca ini akan datang membaca blog kita apabila mereka klik pada anchor text ataupun pada nama kita.

Terlebih dahulu, anda perlu memastikan bahawa komen anda bukan komen berunsur SPAM. Baca dan berikan pendapat ikhlas terhadap penulisan penulis tersebut. Bukan niat mahu ‘meninggalkan jejak’ semata-mata.

***

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan blog secara percuma. Gunakan medium-medium ini sebaik mungkin untuk menjemput lebih ramai pembaca dan pengikut setia blog anda.

Kredit foto: mkhmarketing.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,