Adakah Komen Yang Mengandungi Pautan Dianggap SPAM?
Saya sering melihat penulis blog baru yang begitu obses meninggalkan komen di blog-blog rakan penulis lain dengan tujuan untuk menambah bilangan backlink semata-mata.
Daripada satu sudut, tidak dinafikan bahawa jumlah backlink masih boleh mempengaruhi SEO blog kita. Namun, apa yang perlu dilihat dengan lebih mendalam adalah, variasi jenis backlink itu. Bukan hanya fokus pada satu jenis backlink sahaja.
Komen blog merupakan salah satu sahaja daripada teknik link building. Masih terdapat pelbagai teknik lain yang boleh digunakan untuk membina backlink.
Adakah Komen Yang Mengandungi Pautan Dianggap SPAM?
Menurut pihak Google, aktiviti meninggalkan komen secara organik (tidak agresif dan menggunakan bot) masih boleh diterima dan tidak dianggap sebagai SPAM.
Namun, jika ianya lebih daripada kebiasaan dan agresif, ianya adalah SPAM. Dan, Google juga tidak menggalakkan si pengirim komen menggunakan nama selain daripada nama sendiri pada bahagian ‘Nama’ sewaktu meninggalkan komen.
Tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:
***
Kesimpulannya, aktiviti ‘blog commenting‘ masih diterima sebagai teknik link building. Cuma, kita perlu berpada-pada melakukannya dan tidak meletakkannya sebagai satu-satunya alat untuk membina backlink ke blog kita.
Kredit foto: ebayink.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: blog commenting dan seo, kesan blog commenting kepada seo, komen spam pada blog