Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?

apa-itu-bounce-rate

Bagi anda yang menggunakan Google Analytics untuk melihat data yang lebih terperinci tentang pelawat yang datang ke blog dan laman web anda, salah satu perkara yang boleh anda lihat adalah Bounce Rate.

Bounce Rate bermaksud, kadar mereka yang meninggalkan laman web atau blog kita selepas mereka datang melihat dan membaca kandungan kita TANPA klik pada mana-mana bahagian atau artikel lain.

Pendek kata, pelawat datang lihat kandungan kita, sudah tiada apa yang mahu dibuat, terus keluar daripada laman web atau blog kita.

Bounce Rate & Kaitannya Dengan SEO

Daripada sudut SEO, Bounce Rate dipercayai digunakan oleh Google dalam menentukan ‘ranking’ (kedudukan) sesebuah laman web atau blog di halaman keputusan carian mereka.

Laman web dan blog yang baik adalah yang mempunyai Bounce Rate yang rendah. Ini bermaksud, apabila kita menerima pelawat, pelawat tersebut tidak terus meninggalkan laman web atau blog kita.

Mereka ini akan klik pada artikel-artikel kita yang lain, berada di laman web atau blog kita untuk beberapa ketika yang lebih lama. Lebih lama mereka di laman web atau blog, lebih banyak mereka akan klik pada kandungan yang lain, maka lebih rendah Bounce Rate kita.

Kesan Bounce Rate Pada SEO

Bayangkan kita pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Kita dapati pasar raya itu tidak menyediakan barang yang kita perlukan, mempunyai servis yang teruk dan susunan barangan di dalamnya tidak kemas.

Sudah pasti kita tidak akan datang lagi dan cepat-cepat beredar dari situ bukan?

Sama seperti kes pada Bounce Rate. Apabila seseorang pelawat mendapati bahawa kandungan kita tidak relevan ataupun tidak menepati apa yang mereka mahukan (baca: tidak berkualiti), mereka akan bertindak untuk keluar serta merta dari laman web dan blog kita.

Di mata Google, mereka mengesan situasi ini sebagai ‘penolakan’ oleh pelawat. Secara tidak langsung, mereka berpendapat bahawa kandungan kita tidak boleh membuatkan pengguna Internet gembira dan tidak berkualiti kerana mereka singgah terlalu singkat dan berlalu begitu pantas keluar dari laman web dan blog kita.

Kesannya, Bounce Rate kita akan meningkat dan jika mengikut resepi ini, ia akan memberi kesan buruk kepada SEO laman web dan blog kita.

***

Kesimpulannya, Bounce Rate merupakan satu metrik yang menjadi kayu ukur dalam melihat kepuasan pelawat laman web dan blog kita terhadap apa yang kita cuba sediakan kepada mereka. Dalam artikel selanjutnya, kita akan lihat lebih mendapat tentang topik Bounce Rate ini.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: Domiriel.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,