Apa Itu White Hat SEO? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu White Hat SEO?

apa-itu-white-hat-seo

Mungkin sebelum ini kita telah tahu serba sedikit tentang apa itu SEO. Hari ini kita akan lihat pula dengan lebih mendalam tentang jenis-jenis SEO itu sendiri.

White Hat SEO merupakan salah satu jenis usaha SEO yang disarankan oleh enjin carian seperti Google, Yahoo!, Bing dan sebagainya.

Maksud White Hat SEO

White Hat SEO lebih memfokuskan kepada strategi SEO yang natural, bersifat ‘viral’, dan terhasil daripada trafik yang datang secara organik dan banyak tanpa menggunakan sebarang perisian ataupun bot.

Ianya lebih menekankan kepada proses pemasaran sesuatu laman web atau blog itu sendiri secara menyeluruh menggunakan content marketing yang betul dan pelbagai untuk membina sebuah rangkaian (network) backlink yang berkualiti.

3 Kelebihan Utama Menggunakan White Hat SEO

Antara kebaikan dan manfaat utama menggunakan White Hat SEO adalah:

  1. Kesan Jangka Masa Panjang: Oleh kerana proses disebalik White Hat SEO itu memerlukan usaha yang keras dan strategi yang betul, ianya akan membawa hasil yang kekal lama. Tidak seperti Black Hat SEO yang mudah dimanipulasi, laman web dan blog kita mungkin boleh berada pada ranking yang baik, tetapi tidak lama dan mempunyai risiko di-banned oleh pihak enjin carian.
  2. Menjadi Autoriti: Apabila kita bercakap tentang ‘media sosial’, sudah pasti ‘Facebook’ akan bermain-main dalam fikiran kita. Sama seperti dunia web, apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara, pasti ada laman web atau blog yang berkaitan dengannya. Contohnya, ‘berita teknologi’ sering dikaitkan dengan laman web Amanz.my. Dalam kes ini, Amanz.my menjadi laman autoriti apabila kita berbica tentang ‘teknologi’ kerana pembaca berkongsi artikel berita di situ secara natural di medium-medium lain.
  3. Diberi Keutamaan Untuk Ranking: Apabila kita muncul sebagai salah satu laman web atau blog yang mempunyai autoriti, enjin carian seperti Google akan memberi lebih perhatian kepada laman web atau blog kita dan memberikan PageRank yang baik. PageRank yang baik ini akan mempengaruhi tempoh ‘crawl‘ oleh bot-bot enjin carian. Kesannya, apa sahaja artikel yang kita terbitkan, ianya mudah untuk menguasai apa jua keyword dan boleh tersenarai di halaman keputusan carian dengan lebih pantas.

5 Tips Mudah Untuk Menguasai White Hat SEO

Terdapat pelbagai cara untuk membina backlink yang berkualiti dan natural untuk laman web dan blog kita. Selain mempromosikan blog secara online dan offline, anda boleh juga amalkan tips berikut:

  1. Bina Hubungan Yang Baik Dengan Rakan Penulis: Apabila kita menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan penulis blog, kita mudah untuk mendekati mereka. Mereka ini suka untuk memberikan anda backlink percuma apabila menulis artikel baru di blog mereka.
  2. Mulakan Guest Blogging: Mula lihat dan bina hubungan dengan rakan penulis yang berada dalam industri yang sama dengan kita. Seterusnya, minta kepada mereka untuk menulis di blog mereka. Ianya dipanggil sebagai Guest Blogging. Aktiviti ini mempunyai banyak manfaatnya dan Google amat menyukai kandungan berbentuk seperti ini.
  3. Minta Review Rakan Penulis: Jika anda telah mempunyai beberapa orang rakan penulis, dapatkan review ikhlas mereka terhadap blog anda. Minta mereka tuliskan review mereka secara terbuka di blog mereka (bersama backlink ke blog anda). Proses ini penting bagi memberi ‘signal’ kepada enjin carian bahawa blog anda mempunyai ‘kepentingan’ tertentu dan bukannya blog yang memaparkan kandungan yang tidak berkualiti.
  4. Menulis Di Laman Autoriti: Menulis kandungan di laman autoriti memerlukan satu hubungan yang baik antara kita dan pemilik blog itu sendiri. Apabila kita sudah ‘menghebahkan’ blog kita di Internet menerusi tip #2 dan #3, langkah seterusnya pula adalah dengan menulis dan berkongsi kandungan bermanfaat di laman-laman autoriti. Saya pernah menulis 2 artikel di Amanz.my – di sini dan di sini.
  5. Promosi Blog Di Media Sosial & Forum: Media sosial seperti Facebook dan forum mempunyai banyak kebaikannya kepada kita sebagai penulis blog. Gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk berkongsi artikel menarik blog anda di Facebook, Twitter, Google+ dan forum-forum tempatan yang lain. Apabila pembaca yang datang daripada medium-medium ini membaca dan suka dengan artikel anda, mereka pula akan berkongsi di blog dan media sosial mereka. Inilah yang dikatakan ‘viral marketing‘ – berkembang secara semulajadi.

***

Kesimpulannya, White Hat SEO adalah satu proses dan usaha SEO untuk laman web dan blog kita secara semulajadi dan natural. Ianya tidak serupa seperti teknik Grey Hat SEO dan Black Hat SEO yang banyak menggunakan kaedah yang dilarang dan tidak disukai oleh enjin carian.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: Brittney Le Blanc.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,