Apa Itu WordPress Plugin? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu WordPress Plugin?

apa-itu-wordpress-plugin

Jika sebelum ini saudara Eizil ada berkongsi dengan kita beberapa tips sebelum menggunakan sesuatu WordPress Plugin, hari ini kita akan ketahui pula dengan lebih lanjut mengenai WordPress Plugin.

Menurut halaman rasmi WordPress,

Plugins can extend WordPress to do almost anything you can imagine. In the directory you can find, download, rate, and comment on all the best plugins the WordPress community has to offer.

Jadi, Apa Itu WordPress Plugin Sebenarnya?

WordPress Plugin adalah salah satu komponen yang digemari para penggunanya. Secara mudah, melalui Plugin, anda sebagai pentadbir dan pemilik blog boleh menambah beberapa perkara lain di dalam blog anda dengan mudah – tanpa sebarang kemahiran teknikal seperti pengaturcaraan (programming) dan sebagainya.

Pasang & Guna

Proses pemasangan Plugin ini juga mudah. Anda boleh memasang Plugin yang diperlukan hanya melalui panel kawalan blog WordPress anda sahaja.

Atau, anda juga boleh memuat naik fail Plugin tertentu ke dalam ruang pelayan (server) anda melalui perisian FTP dan seterusnya mengaktifkan Plugin tersebut melalui panel kawalan blog anda.

Fungsi Menarik WordPress Plugin

Antara beberapa fungsi menarik WordPress Plugin adalah:

  • Mengubah paparan blog (melalui penambahan kod-kod tertentu).
  • Memudahkan pengurusan blog melalui sokongan dan integrasi fungsi-fungsi WordPress lain.
  • Menambah beberapa bahagian pada struktur dan susun-atur blog.
  • Mengubah fungsi-fungsi asas blog (kedai online berasaskan WordPress, forum berasaskan WordPress dan lain-lain).
  • Membantu proses SEO artikel-artikel di blog.

Setiap WordPress Plugin hadir dengan ciri-ciri uniknya yang tersendiri dan apa yang menarik di sini, anda boleh mengaktifkannya apabila perlu atau sebaliknya jika anda merasakan ianya sudah tidak lagi sesuai dengan blog anda.

Penggunaan WordPress Plugin

Ketika artikel ini ditulis, blog ini juga sedang menggunakan beberapa Plugin bagi membantu saya sebagai pentadbir blog untuk menjadikan blog ini lebih baik dengan beberapa ciri-ciri tambahan yang tidak didatangkan bersama sistem asal WordPress.

Sebagai contoh, sistem komen di bawah ini menggunakan Plugin Disqus di mana melaluinya, saya dengan mudah boleh membawakan ciri-ciri menarik pada Disqus untuk setiap artikel bagi memudahkan anda berinteraksi dengan para penulis.

Kotak ‘Tentang Penulis‘ di bawah ini juga hasil daripada WordPress PluginFancier Author Box. Melaluinya, maklumat penulis boleh dipaparkan dengan mudah dan nampak lebih kemas untuk tatapan para pembaca.

Butang perkongsian sosial di bawah artikel ini juga hasil daripada Plugin. Ianya adalah Digg Digg Plugin. Melalui Plugin ini, saya mudah untuk menetapkan butang perkongsian sosial yang manakah yang perlu diletakkan bagi memudahkan pembaca berkongsi artikel-artikel di sini dengan rakan-rakan mereka yang lain.

***

Kesimpulannya, WordPress Plugin banyak membantu dalam konteks pengurusan blog yang lebih baik. Justeru, anda sebagai pentadbir blog wajar menggunakan kemudahan ini bagi membantu anda dan pembaca lebih dekat dan seronok dalam ber-blogging.

Kredit foto: cogdogblog.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , ,