Automattic, Syarikat Di Sebalik WordPress Mengambil Alih WooCommerce | Bina Blog Dot Com Sendiri

Automattic, Syarikat Di Sebalik WordPress Mengambil Alih WooCommerce

automattic-woocommerce

Dengan jumlah pegangan pasaran terbesar sebanyak hampir 24%, syarikat disebalik WordPress, Automattic hari ini mengumumkan pengambilalihan sistem e-commerce popular, WooCommerce.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Matt, co-founder WordPress di blog beliau disusuli dengan kenyataan rasmi di blog WooCommerce pula.

ecommerce-trends

WooCommerce merupakan antara salah satu solusi bagi mereka yang mahu membangunkan web berkonsepkan e-dagang (e-commerce). Antara pemain lain dalam industri yang sama adalah Magento dan Shopify.

Apa Maksudnya Ini Pada Bisnes Anda?

Bagi anda yang sedia mengenali dan sedang menggunakan WordPress, pastinya anda sudah tahu bahawa sistem ini sangat berkuasa dan sangat mudah untuk digunakan.

Dengan pengambilalihan WooCommerce oleh Automattic ini, kami sangat yakin mereka akan melakukan banyak perubahan pada masa akan datang pada WooCommerce.

Ramalan kami, mungkin WooCommerce yang hadir dalam bentuk plugin sekarang ini akan diintegrasikan terus pada sistem WordPress dan versi-versi WordPress akan datang akan sedia menyokong fungsi e-dagang tanpa perlu pentadbir laman web memasang plugin WooCommerce lagi.

Sama-sama kita nantikan apakah perubahan yang akan dilakukan tim Automattic selepas ini.

Nak Belajar WordPress PERCUMA?

Jika anda berminat untuk belajar menggunakan WordPress untuk membangunkan website atau blog bagi perniagaan anda secara PERCUMA, daftar sebagai pelajar kursus Bina Blog Dot Com Sendiri di sini sekarang.

Tutorial video dan eBook panduan akan diberikan kepada anda dan ianya 100% dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami. Daftar di sini sekarang.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,