Bagaimana Cara Untuk Meletakkan Imej Favicon Pada Blog WordPress? [Tutorial] | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Cara Untuk Meletakkan Imej Favicon Pada Blog WordPress? [Tutorial]

cara-letak-favicon-dekat-blog

Dalam konteks pemasaran & penjenamaan, logo memainkan peranan yang cukup penting. Sesebuah jenama akan nampak lebih kuat apabila ia mempunyai logo yang baik dan mudah diingati oleh pengguna.

Jika dibawa ke dunia blogging, favicon merupakah salah satu komponen penjenamaan paling asas yang sering diabaikan oleh pemilik blog.

Favicon merupakan satu ikon kecil yang berada di sebelah tajuk halaman blog kita pada pelayar internet mereka. Contohnya seperti dalam imej di bawah ini:

contoh-favicon

Apa Kepentingan Favicon Pada Blog?

Favicon mempunyai beberapa kebaikan kepada blog. Antaranya adalah:

  • Memudahkan pembaca mengingati jenama blog kita.
  • Memudahkan pembaca yang mahu membaca blog melalui Bookmark Toolbar di pelayar internet mereka.
  • Meningkatkan kepercayaan jenama blog kita di mata pembaca.

Bagaimana Untuk Memasang Favicon Pada Blog WordPress?

Dalam tutorial kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda, cara mudah untuk install favicon pada blog. Logo yang akan kita gunakan adalah seperti di sini.

Langkah #1: Muat naik logo di logo di laman web IconJ

iconj-home

Sediakan satu logo ringkas untuk blog anda (format JPG atau PNG) dan muat naik fail logo tersebut di sini. Klik Upload dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya jika proses muat naik berjaya.

Langkah #2: Muat turun fail favicon.ico ke komputer

download-favicon

Seterusnya, klik pautan yang disediakan untuk muat turun (download) fail favicon.ico yang telah dijana. Contoh fail favicon adalah seperti ini.

Nota: Format fail favicon adalah ICO. Anda WAJIB menggunakan format ini. Jika tidak, ia tidak akan berhasil.

Langkah #3: Pasang & Aktifkan Plugin ‘The Simplest Favicon’

cara-install-favicon

install-favicon-pada-blog-wordpress

Seterusnya, log masuk ke bahagian pentadbir blog WordPress anda > Plugins > Add New. Cari plugin bernama ‘The Simplest Favicon‘, pasang dan aktifkannya.

Langkah #4: Muat Naik Fail Favicon ke Web Hosting

muat-naik-favicon-ke-cpanel

upload-favicon-ke-dalam-web-hosting

Seterusnya, log masuk ke akaun web hosting anda > File Manager. Kemudian, akses ke root folder blog WordPress anda dipasang. Sebagai contoh, jika anda memasang blog di domain utama (www.domain.com), anda perlu memuat naik fail favicon di dalam folder ‘public_html‘.

Atau, jika anda memasang blog WordPress pada folder seperti www.domain.com/blog, maka anda perlu memuat naik fail favicon ini di dalam folder /blog/ tersebut.

Selepas proses muat naik selesai, pastikan fail favicon.ico berada di dalam satu lokasi yang sama dengan folder ‘wp-admin’, ‘wp-content’ & ‘wp-includes’ seperti di bawah.

favicon-dalam-web-hosting

Nota: Jika anda tersilap memuat naik fail favicon pada folder lain, anda boleh gunakan fungsi ‘Move‘ yang tersedia dalam File Manager tersebut.

Langkah #5: Semak Fail Favicon & Selesai!

favicon-siap

Jika tiada apa-apa masalah, anda akan melihat fail favicon dipaparkan di sebelah tajuk nama blog anda seperti dalam contoh di bawah.

Jika anda gagal melihat fail ini, sila periksa perkara-perkara berikut:

  • Pastikan plugin The Simplest Favicon di aktifkan.
  • Pastikan anda tidak menukar nama fail ‘favicon.ico‘ ke nama fail yang lain.
  • Pastikan anda memuat naik fail ‘favicon.ico’ tersebut di dalam satu lokasi yang sama dengan folder ‘wp-admin’, ‘wp-content’ & ‘wp-includes’.

***

Kesimpulannya, proses untuk memasang favicon pada blog itu mudah sahaja. Jangan abaikan komponen penjenamaan blog terpenting ini. Selamat mencuba!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,