Bagaimana Cara Untuk Meningkatkan Domain Authority Blog? [Infografik] | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Cara Untuk Meningkatkan Domain Authority Blog? [Infografik]

cara-meningkatkan-domain-authority

Dalam konteks SEO, Domain Authority (DA) memainkan peranan yang cukup penting. Semakin tinggi poin yang kita miliki, semakin mudah untuk kita menguasai kedudukan tertinggi di Google.

Sedikit berbeza dengan PageRank yang kita bincangkan sebelum ini, DA mempunyai julat antara 0-100 berbanding PageRank yang julatnya daripada 0-10.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada DA ini. Sebagai penulis blog, kita harus belajar dan tahu kaedah-kaedah pemasaran blog online dan offline bagi meningkatkan DA blog kita.

Dalam infografik di bawah, kita akan lihat lebih lanjut tentang cara-cara meningkatkan Domain Authority blog kita melalui corong-corong berikut:

  • On Page SEO
  • Kandungan Blog
  • Media Sosial
  • Penjenamaan
  • Hubungan Kita Dengan Pembaca

bagaimana-cara-untuk-meningkatkan-domain-authority-blog-infografik

Yang Mana Satu Sudah Anda Buat?

Jadi, sekarang anda sudah jelas bukan? Daripada semua yang telah tertulis di dalam infografik di atas, yang mana satukah telah anda buat bagi meningkatkan Domain Authority blog anda?

Kongsikan jawapan anda di ruangan komen di bawah. Saya gembira untuk baca dan tahu.

Nota: Anda boleh menyemak Domain Authority anda di sini.

Kredit: techtage.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,