Bagaimana Google Berfungsi? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Google Berfungsi?

bagaimana-google-berfungsi
Kita sedia maklum bahawa Google adalah antara enjin carian paling popular di dunia dan mempunyai ramai pengguna dari setiap pelusuk dunia yang menggunakannya saban hari.

Namun begitu, adakah anda benar-benar faham dan tahu bagaimana Google bekerja dan berfungsi dalam menyediakan keputusan terbaik untuk setiap carian yang anda buat?

Baik. Dalam artikel kali ini, kita akan melihat bagaimana sebenarnya Google berfungsi. Maklumat yang anda akan baca adalah maklumat sebenar daripada pihak Google sendiri.

#1 – Proses Crawling

proses-crawling
Google mengatakan bahawa terdapat 30 trillion halaman web di Internet (dan angka ini semakin meningkat) pada masa sekarang.

google-crawling-laman-web-blog

Melalui proses ‘crawling’, Google melalui bot-bot mereka akan merangkak masuk ke laman web dan blog kita melalui pautan-pautan yang terdapat di Internet. Sebab itu ianya dipanggil sebagai ‘crawling’ yakni merangkak.

#2 – Proses Indexing

google-susun-selepas-crawling
Selepas proses ‘crawling’ ini selesai, mereka akan menyusun halaman web yang telah melepasi proses tersebut kepada beberapa bahagian berdasarkan faktor-faktor yang telah ditetapkan. Proses ini dinamakan sebagai proses ‘indexing’.

Sebagai contoh, jika hari ini Google melalukan ‘crawling’ pada blog kita yang banyak berkongsi tentang resepi makanan tempatan, Google akan menyusunnya kepada beberapa bahagian seperti Nasi Lemak, Nasi Minyak, Rendang dan sebagainya dan meletakkan resepi-resepi yang telah disusun ini ke kumpulan yang sama daripada blog-blog lain.

Maknanya, jika terdapat 100,000 artikel di Internet tentang ‘nasi lemak’, Google telah susun di dalam sistem mereka artikel-artikel berkaitan ‘nasi lemak’ ini bagi memudahkan proses seterusnya.

Apakah proses seterusnya?

Teruskan bacaan.

#3 – Formula Sulit Google

formula-google-susun-laman-web-blog
Google sedaya upaya memberikan keputusan carian terbaik kepada setiap pengguna berdasarkan kata kunci (keyword) yang diminta oleh pengguna.

keputusan-carian-google

Oleh itu, hingga ke hari ini, Google merahsiakan formula sulit mereka itu bagi mengelakkan pemilik-pemilik laman web dan blog yang tidak bertanggungjawab memanipulasinya dan seterusnya memberi kesan buruk dan menempatkan hasil carian yang tidak berkualiti di tempat paling hadapan (sangat tidak adil bukan?).

google-search-untuk-laman-web-blog

Baca: Infografik: 200 Resepi Yang Digunakan Google Untuk Menentukan Kedudukan Hasil Carian

#4 – Beri Keputusan Carian

beri-keputusan-carian-google
Selepas setiap halaman web dan blog ini melalui proses ‘saringan’ di atas, Google akan meletakkannya semula di dalam kumpulan carian yang sama dan akan melalui proses ‘saringan’ yang sama mengikut sela masa yang telah ditetapkan.

Dalam proses ‘saringan’ ini, Google tidak menjanjikan sebarang jaminan kedudukan yang kekal untuk setiap laman web dan blog yang akan keluar di halaman keputusan carian (SERP). Kedudukan-kedudukan ini boleh berubah-ubah pada bila-bila masa.

Hasilnya, apabila kita membuat carian tentang sesuatu perkara, kita akan mendapat keputusan terbaik. Ini adalah kerana Google semakin menambah baik ‘formula sulit’ mereka tersebut demi menjaga kepuasan hati para pengguna Google Search mereka itu.

#5 – Perang Terhadap SPAM

google-lawan-spam
Ada baiknya juga Google bertindak merahsia ‘formula’ yang mereka gunakan dalam menentukan kedudukan web dan blog untuk carian tersebut daripada diketahui oleh pemilik web dan blog daripada disalahguna oleh mereka.

Google melalui sistem automatik mereka boleh mengesan laman web dan blog yang tidak mengamalkan etika yang betul yang digariskan oleh mereka.

Setiap laman web dan blog yang melakukan SPAM akan dinyahindeks serta merta dan tidak akan diindeks semula (dimasukkan semula ke dalam sistem) melainkan si pemilik web dan blog menamatkan dan menghentikan aktiviti SPAM mereka tersebut.

Video: Bagaimana Google Berfungsi

Sila tonton video di atas untuk lebih memahami bagaimana Google berfungsi. Video oleh Matt Cutts, jurutera dalaman Google yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan keputusan carian terbaik kepada setiap pengguna Google Search.

***

Kesimpulannya, proses membawa sesuatu halaman web dan blog ke muka hadapan enjin carian itu tidak semudah yang disangka. Proses ini memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap cara Google itu berfungsi terlebih dahulu agar usaha yang dilakukan selepas ini tidak sia-sia begitu sahaja.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: How Search Works.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,