Bagaimana Untuk Menyampaikan Cerita Kepada Golongan Sibuk Menggunakan Blog
Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang usahawan, kita menerima pelbagai bentuk informasi. Atas faktor kesibukan yang terlampau, golongan usahawan adalah antara golongan yang kerap ‘tercicir’ untuk mengetahui berita dan cerita penting berkaitan dengan diri & bisnes mereka.
Oleh itu, jika anda seorang usahawan B2B yang menggunakan blog sebagai salah satu medium pemasaran internet, anda harus bijak menyampaikan mesej anda kepada golongan yang sibuk seperti ini.
Pihak lookbookhq melalui infografik di bawah berkongsi tips-tips menarik untuk mendekati golongan yang sibuk untuk memberitahu sesuatu berita dan cerita kepada mereka agar ia benar-benar ‘sampai’ kepada mereka.
Antaranya adalah:
- Gunakan pelbagai media seperti video, imej dan audio di dalam blog. Ini adalah prinsip ‘Show Don’t Tell’ yang mudah diterima dan difahami golongan yang sibuk.
- Bahagikan artikel kepada bahagian-bahagian kecil dan pisahkan dengan penggunaan headings bagi mengecilkan skop penyampaian cerita itu dan menarik perhatian mereka.
- Tekankan pada kepentingan kepada pembaca. Jika artikel itu berkaitan dengan produk baru daripada bisnes anda, maka nyatakan dengan jelas apakah ciri-ciri dan kebaikan produk tersebut dengan jelas.
- Pakejkan maklumat menggunakan eBook, siri video dan siri audio. Golongan ini suka kepada maklumat berbentuk pakej dan lengkap.
Mari kita lihat lebih lanjut dalam infografik di bawah:
Mana Satu Pilihan Hati?
Jadi, sekarang anda sudah jelas akan cara-cara untuk ‘menambat hati’ golongan yang super-sibuk?
Cara yang mana satukah yang anda suka?
Kongsikan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Jika infografik ini bermanfaat bagi anda, klik butang Like, Tweet & +1 di bawah untuk kongsikannya kepada rakan-rakan usahawan anda yang lain di Facebook, Twitter & Google+.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: cara untuk sampaikan maklumat kepada orang yang sibuk