Bawa Blog Ke Muka Hadapan Carian Google – Mari Mengenal Apa Itu SEO
Jika di dalam artikel sebelum ini kita sudah mengetahui serba sedikit kesan penggunaan sub-domain & sub-folder kepada blog kita khususnya di dalam aspek SEO, hari ini kita akan mengenal dengan lebih dekat tentang SEO.
Search Engine Optimization (SEO) secara ringkasnya adalah proses mengoptimumkan kandungan pada laman web dan blog kita agar mudah dijumpai oleh pembaca yang melakukan carian di enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.
Sebagai seorang penulis blog, SEO merupakan nadi kepada trafik organik atau dalam bahasa mudahnya, pelawat yang datang tanpa sebarang pautan referral daripada laman web atau blog lain. Mereka ini menjumpai artikel anda hasil daripada carian di enjin carian di atas.
Bagaimana SEO Boleh Membantu Blog Saya?
Sebelum kita mengenal dengan lebih dekat mengenai proses SEO, mari kita lihat dahulu bagaimana enjin carian memproses setiap permintaan (carian) yang dilakukan oleh pengguna di Internet.
Apabila pengguna menaip frasa carian di kotak carian enjin pencari, enjin pencari ini akan menapis keputusan yang relevan untuk disediakan kepada pengguna tersebut menggunakan pelbagai formula dan algoritma mereka yang tersendiri.
Hasilnya, kita sebagai pengguna akan menerima keputusan terbaik dan membantu kita untuk mendapatkan maklumat paling tepat dan bersesuaian dengan apa yang kita perlukan.
Jadi di sini, SEO boleh diklasifikasikan sebagai satu usaha oleh pemilik laman web atau blog untuk memudahkan enjin pencari menapis dan membawa halaman mereka di kedudukan terbaik halaman keputusan carian berdasarkan kata kunci tertentu oleh pengguna Internet.
Medium Pemasaran Jangka Masa Panjang
Kesan daripada usaha SEO yang baik, anda sebagai pemilik laman web dan blog akan menerima pelawat (trafik) secara percuma tanpa sebarang kos pengiklanan yang membebankan.
Dan, apa yang lebih menarik adalah, kandungan ini akan terus berada pada kedudukan terbaik halaman keputusan carian jika anda melakukannya dengan baik dan menepati amalan terbaik kerja-kerja SEO yang disarankan setiap enjin pencari.
Menarik? Teruskan bacaan anda.
Bina Blog Mesra SEO Sekarang
Bagi anda yang telah bersedia menerima limpahan trafik (pelawat) percuma ke laman web dan blog melalui medium SEO, saya cadangkan anda untuk mula memikirkan platform laman web dan blog yang paling sesuai bagi memastikan usaha SEO yang akan dilakukan kelak membuahkan hasil yang baik.
Salah satu platform pengurusan laman web dan blog yang baik untuk SEO adalah WordPress. Blog Bina Blog Dot Com Sendiri ini juga diperkuasakan oleh sistem WordPress.
Bagi anda yang mahu memiliki sebuah blog berasaskan sistem WordPress ini, masukkan Nama & E-mel anda di halaman ini untuk mendapat akses PERCUMA ke Ruangan Ahli Kursus Online Bina Blog Dot Com Sendiri.
Melalui Ruangan Ahli ini, anda akan menerima siri video tutorial A-Z yang akan membantu anda membina sebuah blog berasaskan WordPress.
Kredit foto: Kalexanderson.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: apa itu seo, bina blog mesra seo, kebaikan seo kepada blog