Berapa Kos Permulaan Untuk Membina Sebuah Blog?
Pada hari ini, medium blog semakin meluas digunakan untuk menyebarkan maklumat dan berhubung.
Terdapat dua pilihan untuk para pemilik blog: membina blog percuma atau membina blog dengan sedikit modal untuk mendapatkan beberapa kelebihan.
WordPress merupakan salah satu platform blogging yang popular yang menawarkan kedua-dua pilihan di atas. Melalui WordPress.com, pengguna boleh mula membina blog tanpa sebarang modal.
Manakala melalui WordPress.org pula, pengguna perlu memiliki beberapa keperluan asas seperti nama domain dan web hosting untuk memasang sistem blog tersebut.
Keperluan Asas (Wajib)
Untuk membina blog berasaskan WordPress yang dipasang pada pelayan (server) sendiri, anda hanya perlukan 3 komponen asas sahaja:
i. Nama domain (.com, .net, .org, .biz, .info dan lain-lain mengikut keperluan)
ii. Ruang maya (web hosting / server)
iii. Skrip sistem WordPress
Berikut adalah anggaran kos bagi ketiga-tiga item di atas:
Nota: Berdasarkan tarikh artikel ini ditulis.
i. Nama domain: ~RM35/tahun
ii. Web hosting: ~RM100/tahun
iii. Skrip sistem WordPress: PERCUMA/seumur hidup
Jumlah: ~RM135/tahun ATAU ~RM11.25/bulan
Keperluan Tambahan (Tidak Wajib)
Apabila anda sudah memiliki blog dan blog anda mula menerima trafik dan pelawat setia, sudah semestinya anda memerlukan tema yang lebih baik agar mudah dan selesa dilihat oleh pelawat.
Selain itu, servis storan data pihak ketiga dan perkhidmatan CDN juga diperlukan bagi memastikan data-data berkaitan dengan blog anda boleh disediakan dengan lebih pantas kepada para pelawat yang berkunjung ke blog anda.
i. Rekaan & pembangunan tema blog professional
ii. Perkhidmatan CDN
iii. Servis storan data pihak ketiga
Jadi, anggaran kos untuk ketiga-tiga item di atas:
Nota: Berdasarkan tarikh artikel ini ditulis.
i. Rekaan & pembangunan tema blog professional: bermula daripada RM1000/sekali bayar
ii. Perkhidmatan CDN: bermula daripada ~RM0.20 untuk setiap 1GB data/bulan
iii. Servis storan data pihak ketiga: bermula daripada ~RM0.30 untuk setiap 1GB/bulan
***
Kesimpulannya, kos permulaan untuk membangunkan sebuah blog tidak memerlukan modal yang begitu besar.
Apabila anda sudah mengenalpasti model blog dan saluran-saluran pendapatan yang boleh dijana melalui blog, sudah semestinya modal awal ini boleh ditanggung dan memberi lebih banyak pulangan kepada anda.
Kredit foto: Saad.Akhtar.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: berapa modal untuk buat blog, kos membina blog, modal bina blog