Bagaimana Caranya Untuk Membina Anchor Point Pada WordPress? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Caranya Untuk Membina Anchor Point Pada WordPress?

cara-bina-anchor-points-pada-wordpress
Hari ini saya menerima satu lagi soalan daripada salah seorang pelajar kelas personal coaching blog saya. Beliau bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk membina anchor points di dalam blog WordPress beliau.

Pada mulanya saya fikir mahu rakam video tutorial dan berikan kepada beliau sahaja. Namun selepas saya fikir semula, saya rasa lebih baik jika saya kongsikan bersama video tersebut di sini supaya anda juga boleh memahami dan mendapat manfaat daripadanya.

Sebelum kita ke bahagian tutorial, mari kita lihat dulu sekali imbas apa itu anchor point.

Apa Itu Anchor Point?

Jika anda melayari laman web atau blog yang mempunyai kandungan teks yang banyak seperti halaman Soalan Lazim (FAQ), kebiasaannya anda akan melihat ruangan soalan dulu di bahagian atasnya.

Kemudian, ia disusuli dengan ruangan jawapan bagi setiap soalan tersebut di bawah bahagian soalan tadi.

Dan, apabila kita klik pada setiap soalan tersebut, kita KEKAL berada di halaman yang sama dan kita tidak dibawa ke halaman baru.

Apa yang berlaku adalah, kita ‘terjun’ dan ‘melompat’ ke jawapan kepada soalan yang kita klik itu tadi.

Inilah dia yang kita panggil sebagai Anchor Points.

Kebaikan Menggunakan Anchor Point?

Antara kebaikan apabila kita menggunakan anchor points ini adalah:

  1. Membantu membawa pembaca ke bahagian yang mereka mahu dengan lebih pantas tanpa perlu mereka scroll kandungan web/blog kita yang panjang.
  2. Menjadikan layout web/blog kita lebih kemas. Satu ruang untuk pautan (contoh: soalan-soalan lazim), satu lagi ruang untuk penerangan yang lebih spesifik tentang setiap pautan tersebut (contoh: jawapan-jawapan lazim).
  3. Membuatkan pembaca yang malas membaca gembira dengan web/blog kita. Oh!

Jadi, Bagaimana Untuk Membina Anchor Point?

Untuk membina anchor points pada blog WordPress kita, langkahnya mudah sahaja. Saya telah cuba ringkaskan langkah-langkahnya di dalam video tutorial di bawah.

Langkah-langkah Untuk Membina Anchor Point

Langkah #1: Tulis post atau page anda seperti biasa.

Langkah #2: Pisahkan bahagian-bahagian yang anda mahu menggunakan Heading Tags seperti H1, H2, H3 … H6.

Langkah #3: Klik pada bahagian tab Text pada text editor anda. Cari Heading Tag yang telah anda masukkan di Langkah #2 dan letakkan kod seperti di bawah:

Langkah #4: Kembali pada tab Visual. Highlight pada mana-mana teks yang anda mahu di dalam artikel anda untuk dijadikan sebagai link. Kemudian, klik pada icon Insert Link.

Langkah #5: Masukkan nama bahagian yang telah anda gunakan di Langkah #3 sebentar tadi dalam format seperti di bawah:

Langkah #6: Ulang Langkah #3 – Langkah #5 jika anda mempunyai banyak bahagian yang mahu anda jadikan Anchor Point.

Langkah #7 (optional): Install plugin WP LocalScroll untuk memberikan scroll animation effect yang lebih lembut apabila link anchor point anda diklik.

Selesai.

***

Kesimpulannya, proses untuk membina bahagian-bahagian Anchor Point pada web/blog WordPress sangat ringkas.

Selamat mencuba!

Kongsikan Tutorial Ini Kepada Rakan Blogger Anda

Anda belajar sesuatu hari ini daripada tutorial ini?

Jika YA, sila kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan blogger anda yang lain di Facebook. Saya pasti mereka juga akan gembira dan seronok seperti anda. ;)

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,