Bagaimana Caranya Untuk Mengesan Tema Yang Digunakan Sesebuah Blog WordPress?
Salah satu perkara menarik pada sistem WordPress adalah, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis tema yang cantik & professional. Tema-tema ini sudah tersedia dan tugas kita hanya untuk pilih yang terbaik sahaja.
Namun begitu, proses pemilihan tema adakalanya merumitkan & menyebabkan kita terkandas agak lama tanpa berbuat apa-apa dan akhirnya mengganggu fokus utama kita.
Setiap daripada kita mesti ada membaca blog-blog lain & adakalanya kita rasa suka dengan design blog tersebut.
Betul?
Mungkin anda tertanya-tanya tema apakah yang blog tersebut gunakan bukan?
Sebenarnya, anda boleh mengetahui tema yang digunakan oleh sesebuah blog WordPress itu dengan mudah sahaja tanpa melihat kod sumber (source code) blog tersebut.
Satu laman web yang boleh membantu kita adalah What Theme. Apa yang perlu kita buat adalah, copy-n-paste sahaja URL blog yang kita mahu tahu tema apa yang digunakannya itu ke laman What Theme ini.
Dalam masa beberapa saat, laman ini akan memberitahu anda tema apa yang digunakan oleh laman web atau blog yang anda minta itu.
Selamat mencuba!
Kredit foto: Serge Kij.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: cara untuk mengesan tema blog wordpress, cara untuk tahu tema blog wordpress, semak tema yang digunakan pada blog