Cara Membuat Blog - 3 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mula Membina Blog | Bina Blog Dot Com Sendiri

Cara Membuat Blog – 3 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mula Membina Blog

cara-membuat-blog-3-langkah-yang-perlu-anda-lakukan-untuk-mula-membina-blog
Bagi anda yang sedang tercari-cari panduan yang sesuai untuk dijadikan rujukan tambahan untuk membina blog, anda telah berada di tempat yang betul. Hari ini saya akan kongsikan 3 langkah awal yang perlu anda lakukan sebelum membina blog.

Cara yang akan ditunjukkan ini memerlukan sedikit kos bagi tujuan pendaftaran nama domain dan ruang simpanan blog. Platform yang akan kita gunakan adalah sistem WordPresssistem pengurusan blog sumber terbuka (percuma).

#1 – Daftar Nama Domain (Nama Blog)

Seperti yang kita sedia maklum, setiap laman web atau blog di Internet mempunyai namanya sendiri. Setiap nama ini mempunyai akhiran seperti .com, .net, .info, .biz, .org dan sebagainya.

Nama domain ini kelak akan berfungsi sebagai URL kepada blog anda. Apabila seseorang pengguna menaip nama domain anda di pelayar web mereka, maka mereka akan dibawa ke kandungan blog anda yang disimpan di pelayan (server) yang telah anda miliki.

Contoh nama domain yang saya maksudkan adalah seperti: Google.com, Yahoo.com, Facebook.com dan BinaBlogDotComSendiri.com.

Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui 5 kesilapan yang sering dilakukan ketika membeli nama domain agar anda tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

#2 – Daftar Akaun Web Hosting (Ruang Blog)

Seterusnya, anda perlu mendaftar akaun web hosting. Akaun web hosting di sini bermaksud, ruang simpanan atas talian di mana melaluinya, segala data berkaitan dengan blog anda akan disimpan di dalam sebuah pelayar (server) yang telah anda miliki.

Data-data ini termasuk gambar, audio dan video berkaitan. Jika anda tidak mempunyai akaun web hosting ini, anda tidak boleh melakukan proses pemasangan sistem blog yang akan saya ceritakan di bawah ini.

Rujuk artikel ini untuk membaca tips pemilihan web hosting terbaik untuk blog anda. Ianya penting bagi memastikan anda tidak memilih syarikat web hosting yang teruk dan bermasalah.

#3 – Pasang Sistem Blog (WordPress)

Seterusnya, apabila anda telah memiliki nama domain dan akaun web hosting, anda boleh teruskan dengan proses pemasangan dan konfigurasi sistem blog yang semakin popular – WordPress.

Anda perlu membina sebuah pangkalan data MySQL terlebih dahulu sebelum mulakan proses pemasangan ini. Melalui pangkalan data ini, data-data berkaitan blog anda akan disimpan di dalamnya.

Apabila anda menerima pelawat, sistem pada web hosting akan memproses permintaan (request) yang dihantar oleh pelawat itu dan membawa kandungan daripada pangkalan data MySQL, terus ke pelayar web mereka bersama-sama fail media yang lain.

***

Kesimpulannya, proses membina blog tidak terlalu sukar. Cuma bagi anda yang kurang pengetahuan teknikal, mungkin anda akan rasakan ianya sedikit sukar dan rumit.

PERCUMA: Bagi anda yang memerlukan panduan dan rujukan lengkap untuk membina sebuah blog WordPress, daftarkan diri anda di Kursus Online Bina Blog Dot Com Sendiri sekarang (bernilai RM 479).

Melalui kursus ini, anda akan mendapat akses ke Ruangan VIP dan menonton siri video tutorial langkah-demi-langkah yang telah dirakam khas oleh kami. Daftar sekarang di sini.

Kredit foto: theanthonyryan.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,