Tutorial: Cara Menukar Blog Menjadi 'Mobile-Friendly' Theme | Bina Blog Dot Com Sendiri

Tutorial: Cara Menukar Blog Menjadi ‘Mobile-Friendly’ Theme

cara-jadikan-blog-mobile-friendly

Salah satu trend blogging yang dijangka meletup pada tahun ini adalah ‘Mobile First‘ di mana pemilik blog bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan satu tema yang mesra untuk dilayari pada peranti mudah alih pembaca.

Apabila bercakap tentang dunia web hari ini, ia meliputi 3 kumpulan peranti: desktop & laptop, tablet & smartphone. Setiap kumpulan peranti ini memaparkan blog kita dalam bentuk yang berlainan.

Namun begitu, dengan perkembangan pelbagai teknologi web hari ini, pemilik laman web dan blog boleh memilih beberapa opsyen untuk menjadikan blog mereka ‘Mobile Friendly’.

Cara Jadikan Blog WordPress ‘Mobile-Friendly’

Jika anda perasan, blog ini sudah menggunakan tema ‘mobile friendly’-nya yang tersendiri. Tema ini hanya akan aktif apabila anda melayari blog ini pada smartphone (bukan desktop & laptop).

Ini bagi memudahkan anda untuk membaca setiap perkongsian artikel di blog ini secara ‘on-the-go‘ pada bila-bila masa & tempat yang anda mahu.

Berikut adalah video tutorial khas buat anda yang mahu menukar tema blog anda sekarang menjadi sebuah tema yang menarik, kemas dan yang paling penting, mobile-friendly pada peranti pembaca anda.

Dalam tutorial ini, kita menggunakan sebuah plugin bernama WPtouch. Plugin ini dibina bagi memudahkan kita sebagai pemilik blog untuk menukar layout tema blog kita kepada sebuah dedicated mobile site layout tanpa mengubah URL artikel blog kita.

Nota teknikal 1:

Plugin ini tidak mengubah fail CSS tema kita menjadi sebuah tema responsive yang baru. Akan tetapi, plugin ini secara automatik akan mengesan jenis peranti yang digunakan oleh pembaca blog dan menyediakan sebuah tema khusus daripada fail CSS-nya yang tersendiri.

Nota teknikal 2:

Bagi anda yang ada menggunakan cache plugin seperti W3 Total Cache atau WP Super Cache, ada beberapa perkara yang perlu anda ubah pada tetapan plugin cache anda. Rujuk panduan ini untuk info selanjutnya.

***

Kesimpulannya, proses untuk menukar blog menjadi mobile-friendly itu mudah sahaja. Hanya dengan bantuan 1 plugin, blog anda kini sudah nampak kemas & selesa dilayari pada peranti mudah alih pembaca.

Kongsi Tutorial Ini

Saya mengalu-alukan anda untuk berkongsi tutorial ini kepada rakan-rakan penulis blog anda yang lain.

Kongsikan tutorial ini di blog & Facebook anda dan jangan lupa untuk langgan saluran YouTube kami untuk video tutorial akan datang.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,