Bagaimana Caranya Untuk Menutup Ruangan Komen Pada Halaman WordPress? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Caranya Untuk Menutup Ruangan Komen Pada Halaman WordPress?

cara-sekat-komen-pada-wordpress

Salah satu soalan yang sering bermain di fikiran pengguna WordPress baru adalah, bagaimana caranya untuk menutup komen pada Pages seperti pada halaman Tentang, halaman Hubungi dan lain-lain.

Kewujudan ruangan komen pada halaman-halaman ini nampak kurang sesuai memandangkan halaman-halaman ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum tentang sesebuah blog ataupun laman web dan tidak begitu melibatkan interaksi pembaca seperti pada artikel blog yang biasa.

Namun, ia terpulang kepada pemilik laman WordPress itu sendiri sama ada mahu membuka ruangan komen ataupun tidak. Secara default, WordPress membuka ruangan komen untuk setiap Pages yang kita bina.

Jadi, Bagaimana Caranya? Perlu Install Plugin Ke?

cara-tutup-komen-pada-page-wordpress

Caranya sangat simple. Tak perlu install apa-apa plugin. Ikut langkah ini:

  1. Di dalam WP Admin > Pages, klik pada setiap halaman yang anda mahu tutup ruangan komennya.
  2. Pada bahagian Screen Options di atas skrin, klik pada checkboxDiscussion‘.
  3. Scroll ke bahagian bawah skrin, untick checkboxAllow comments‘ dan klik butang Update.
  4. Selesai. Refresh halaman anda tadi dan ruangan komen sudah tiada.

Selamat mencuba!

Kongsikan Tip Ringkas Kepada Rakan Anda

Jika anda belajar sesuatu daripada tutorial ringkas ini, sila kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan blogger anda yang lain. Saya yakin mereka akan gembira dan berterima kasih kepada anda.

Kredit foto: Nikolay Bachiyski.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,