Bagaimana Caranya Untuk Mengelakkan Komen Spam Pada Blog WordPress? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Caranya Untuk Mengelakkan Komen Spam Pada Blog WordPress?

cara-mengelakkan-komen-spam-blog-wordpress

Salah satu isu yang sering menjadi perbualan dalam kalangan pengguna WordPress adalah komen SPAM yang diterima begitu banyak. Lebih sedih, angka komen itu sehingga mencecah puluhan dan ratusan ribu!

WordPress sering menjadi ‘target’ oleh pemain ‘black hat SEO‘ yang mahu membina ‘backlink pantas’. Mereka menggunakan bot-bot tertentu untuk menghantar komen berbentuk anchor text di blog-blog WordPress yang tidak dijaga dengan baik.

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Ini?

Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan plugin yang sudah tersedia secara default apabila kita memasang WordPress bernama Akismet.

Akismet dibangunkan oleh pasukan disebalik WordPress, Automattic. Dengan menggunakan Akismet, kita boleh mengurangkan ‘serangan’ bot-bot komen spam yang dihantar ke blog kita.

Bagaimana Akismet Berfungsi?

Akismet akan mengimbas setiap komen yang diterima di blog kita. Menggunakan algoritmanya yang tersendiri, komen-komen yang menjengkelkan yang mempunyai corak yang sama dengan komen-komen spam lain akan ditanda sebagai komen spam secara automatik.

Tutorial Cara Memasang Akismet Pada Blog WordPress

Untuk mengaktifkan Akisment pada blog, kita perlu mendapatkan API key terlebih dahulu. Ringkasnya, API key ini bertindak sebagai ‘penghubung’ di antara blog kita dengan sistem Akismet yang bertindak mengimbas komen-komen di blog kita.

Tanpa API key ini, Akismet di blog kita tidak akan berfungsi.

Terdapat 2 bahagian yang perlu kita lakukan. Bahagian 1 adalah mendaftarkan diri di laman web Akismet dan bahagian 2 adalah menetapkan API key di blog WordPress kita.

Mari kita mulakan dengan bahagian 1.

Langkah 1: Daftar Akaun Akismet

cara-elak-spam-blog

Layari laman web Akismet di sini dan klik pada butang Sign Up pada bahagian Personal.

Langkah 2: Daftar akaun WordPress.com (jika belum ada)

cara-elak-komen-spam

Jika anda belum mempunyai akaun di WordPress.com, sila lengkapkan bahagian ini. Tetapi jika anda pernah memiliki akaun WordPress.com atau sudah memiliki akaun Gravatar sebelum ini, klik sahaja pada pautan ‘I already have WordPress.com account‘ dan log masuk seperti biasa.

Langkah 3: Authorize Akismet

cara-elak-spam-comment

Kemudian, klik pada butang Authorize. Ini bermaksud kita memberi kebenaran kepada Akismet untuk menggunakan akaun WordPress.com kita.

Langkah 4: Ubah Pelan Bayaran Kepada Pelan Percuma

cara-halang-komen-spam

Pada halaman berikutnya, tarik slider pada bahagian harga ke kiri sehingga anda melihat $0. Kemudian lengkapkan nama anda dan klik butang Continue.

cara-sekat-komen-spam

Langkah 5: Salin API Key

halang-komen-spam-di-blog

Seterusnya, anda akan diberikan API key. Salin (copy) kod ini.

***

Sekarang kita bergerak ke bahagian 2. Kita perlu pasang plugin Akismet di blog WordPress kita untuk mengaktifkan fungsi Akismet.

Langkah 6: Cari Plugin ‘Akismet’

sekat-komen-spam-blog

Log masuk bahagian admin blog > Plugins > Add New dan cari plugin bernama Akismet.

Langkah 7: Pasang & Aktifkan Plugin Akismet

elak-spam-blog-wordpress

Kemudian, klik Install Now untuk memasang plugin.

hapuskan-komen-spam-di-blog

Kemudian, klik pautan Activate Plugin.

Langkah 8: Masuk Bahagian Tetapan Plugin Akismet

padam-komen-spam-blog-wordpress

Pada halaman senarai plugin, klik pada pautan Settings di bawah nama plugin Akismet.

Langkah 9: Masukkan API Key

atasi-spam-komen-pada-blog

Pada bahagian Manually enter an API key, paste API key yang telah anda copy sebentar tadi. Kemudian, klik butang Use this key.

Langkah 10: Selesai

cara-install-akismet-blog-wordpress

Anda akan melihat paparan seperti ini jika API key tersebut sah. Kini, blog anda sudah dilindungi dengan Akismet dan komen-komen spam ‘liar’ akan dihalang.

Selamat mencuba!

Anda Belajar Sesuatu? Kongsikan di Facebook!

Adakah anda belajar sesuatu yang berguna dari artikel ini? Jika YA, kongsikan artikel ini di Facebook dan tag rakan-rakan anda yang mempunyai blog WordPress!

Kredit foto: Susan Sermoneta.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,