Infografik: 200 Resepi Yang Digunakan Google Untuk Menentukan Kedudukan Hasil Carian | Bina Blog Dot Com Sendiri

Infografik: 200 Resepi Yang Digunakan Google Untuk Menentukan Kedudukan Hasil Carian

infografik-200-resepi-yang-digunakan-google-untuk-menentukan-kedudukan-hasil-carian

Salah satu cara yang tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menerima pelawat laman web dan blog di Internet adalah menerusi enjin carian seperti Google, Yahoo! dan Bing.

Pelawat-pelawat ini merupakan pelawat yang benar-benar serius mahu mendapatkan sesuatu maklumat dan produk daripada kita. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu keuntungan jika kita tahu ‘resepi’ dan ‘formula’ yang digunakan oleh enjin-enjin carian ini dalam menentukan kedudukan laman web dan blog kita di halaman keputusan carian mereka.

Proses yang digunakan untuk membawa laman web dan blog ke kedudukan tertinggi di halaman keputusan carian ini dipanggil sebagai Search Engine Optimization (SEO) dan sehingga kini, enjin carian terkemuka seperti Google tidak pernah berkongsi secara terbuka tentang faktor-faktor yang mereka gunakan untuk membuat penilaian sewaktu menentukan kedudukan laman web dan blog kita di halaman carian mereka apabila seseorang pengguna membuat carian.

Namun begitu, pengamal-pengamal tegar SEO sering hadir dengan pelbagai eksperimen dan kajian kes mereka dan hari ini, kita akan melihat sebahagian daripada ‘resepi’ yang mungkin digunakan oleh enjin carian Google dalam membuat penilaian terhadap laman web dan blog kita sebelum meletakkan laman web dan blog kita pada kedudukan tertentu di halaman carian.

infografik-200-resepi-yang-digunakan-google-untuk-menentukan-kedudukan-hasil-carian-laman-web-blog-di-internet

Kongsi Rahsia Ini Sekarang!

Klik Like, Tweet & +1 di bawah untuk berkongsi ‘rahsia’ yang sudah terbongkar ini bersama-sama rakan-rakan anda di Facebook, Twitter & Google+ sekarang!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,