Infografik: Bagaimana Content Marketing Memberi Kesan Kepada SEO? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Infografik: Bagaimana Content Marketing Memberi Kesan Kepada SEO?

kesan-content-marketing-kepada-seo

Dunia pemasaran internet hari ini sudah semakin mudah dengan adanya pelbagai medium dan platform yang boleh digunakan oleh pemilik bisnes bagi tujuan penjenamaan, jualan dan pelbagai lagi.

Salah satu strategi baru yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pemasar internet hari ini adalah ‘Content Marketing’.

Apabila bercakap tentang Content Marketing, kita tidak boleh lari daripada aktiviti blogging.

Blog dilihat sebagai satu saluran yang begitu ampuh dan berpengaruh dalam proses mendekati & meningkatkan kepercayaan prospek terhadap sesuatu perniagaan.

Tim QuickSprout dalam sebuah infografik khas di bawah berkongsi kaitan antara Content Marketing dan kesannya terhadap ‘ranking’ laman web atau blog bisnes di Google (menggunakan teknik SEO).

Antara perkara yang penting daripada infografik ini adalah:

  1. 97% bisnes yang mempunyai blog yang aktif dikemaskini memperoleh prospek baru.
  2. 61% prospek rasa lebih selesa untuk berhubung dengan bisnes yang mempunyai blog.
  3. 90% prospek suka dengan informasi yang jelas & bermanfaat.
  4. Kandungan yang menarik daripada blog menjadi sebab utama prospek mengikut sesebuah bisnes di Facebook, Twitter & media sosial lain.
  5. Artikel yang mempunyai ~1500 patah perkataan menerima 68.1% lebih tweet dan 22.6% lebih Facebook likes.

Antara 3 tips penting yang perlu ditekankan apabila kita memilih strategi Content Marketing dan menggunakan blog untuk bisnes adalah:

  • Tulis artikel blog dalam nada ‘percakapan’ dengan prospek. Penggunaan perkataan ‘anda’ dan ‘kita’ amat disarankan.
  • Fokus kepada masalah yang dihadapi oleh prospek. Cuba sebaik mungkin untuk fahami dan selesaikan masalah mereka melalui artikel blog seterusnya.
  • Masukkan unsur-unsur emosi di dalam artikel blog. Ini boleh menjadi salah satu sebab jenama anda mudah diingati & ‘melekat’ dalam minda prospek.

kesan-content-marketing-kepada-seo-blog

Mula Bina Blog Untuk Bisnes Anda Sekarang!

Kami menawarkan siri tutorial step-by-step dalam bentuk video bagi anda yang berminat untuk mula membina blog perniagaan anda. Ianya 100% PERCUMA.

Klik Sini Sekarang Untuk Mula Bina Blog Bisnes Anda »

Nota: Anda juga akan menerima sebuah eBook rujukan (dalam format PDF) apabila mendaftar sebagai pelajar kursus online Bina Blog Dot Com Sendiri ini. Nilai sebenar siri tutorial ini + eBook rujukan adalah RM479!

Kredit: QuickSprout.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,