Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 - Pencalonan Dibuka | Bina Blog Dot Com Sendiri

Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 – Pencalonan Dibuka

malaysia-social-media-week-2014
Dunia blogging hari ini semakin meriah dan rancak dengan kehadiran media sosial yang menjadi penghubung antara si penulis blog dan komuniti pembaca serta pengikut blog tersebut.

Tahun ini, sebuah acara khas akan diadakan sekali lagi bernama Malaysia Social Media Week (MSMW). Ianya merupakan sebuah acara tahunan sejak dari tahun 2012.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang acara ini:

  • Tarikh: 24 Februari – 1 Mac 2014.
  • Tempat: Sunway Pyramid Convention Center.
  • Aktiviti: Sidang Kemuncak, Bengkel, Penyampaian Anugerah & TwitterThon.

Tujuan utama MSMW ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan anugerah kepada para penulis blog, usahawan internet dan pengamal media sosial tegar tanah air dalam mewujudkan sebuah persekitaran sosial yang aktif dan berilmiah.

Anugerah Tahun Ini

Antara anugerah pada tahun ini adalah:

  1. Best Auto Blog
  2. Best Business Blog
  3. Best Celebrity Blog
  4. Best Music & Entertainment Blog
  5. Best Educational Blog
  6. Best Foodie Blog
  7. Best Gossip Blog
  8. Best Photography Blog
  9. Best Gadgets Blog
  10. Best Shopping Blog
  11. Best Sports Blog
  12. Best Travel Blog
  13. Best Lifestyle Blog
  14. Best Micro Blog

Pencalonan Dibuka Sekarang

Pihak penganjur membuka ruang untuk pencalonan bagi semua kategori di atas sehingga 31 Januari 2014 ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencalonkan blog-blog rakan penulis lain ataupun blog anda sendiri, anda boleh mencalonkan blog tersebut di sini.

Kriteria Pemenang

Antara perkara yang akan dilihat oleh penganjur dalam menentukan pemenang bagi setiap kategori pada tahun ini adalah:

  • Aktif di blog atau media sosial.
  • 80% markah daripada undian terbuka.
  • 20% markah daripada juri & penganjur.

Kami Di Dalam Kategori ‘Best Educational Blog’

Daripada kesemua 14 kategori yang dipertandingkan di atas, projek Bina Blog Dot Com Sendiri tercalon & terpilih sebagai salah satu blog dalam kategori Best Educational Blog.

Biarpun projek ini masih baru dan 100% PERCUMA tanpa sebarang pulangan kepada kami (buat masa ini), ini merupakan langkah awal kami untuk meletakkan jenama projek ini ke ‘next level’ bagi mendapat exposure yang lebih luas.

***

Kesimpulannya, bagi anda yang mahu meletakkan jenama blog anda ke tahap yang lebih tinggi, anda dialu-alukan untuk menyertai pencalonan MSMW ini. Selamat berjaya!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,