Apa Itu Markdown & Bagaimana Untuk Gunakannya Dalam WordPress?
Salah satu fungsi baru dalam WordPress 4.3 nanti adalah Markdown. Ia adalah satu cara penulisan pantas yang semakin popular dalam kalangan editor penulisan di Internet.
Oleh kerana sifatnya yang simple dan hanya memerlukan text editor sahaja untuk digunakan, Markdown boleh menjimatkan banyak masa dan sekaligus boleh meningkatkan produktiviti seseorang penulis.
Dalam tutorial kali ini, saya ingin berkongsi tentang fungsi Markdown ini.
#1 – Install Markdown
Untuk menggunakan fungsi Markdown ini, ada 2 pilihan untuk anda.
Pilihan #1 – Jika anda sudah menggunakan plugin Jetpack, anda boleh aktifkan fungsi Markdown yang hadir bersama-sama plugin tersebut.
Pilihan #2 – Jika anda tidak menggunakan plugin Jetpack, anda boleh menggunakan plugin WP-Markdown. Hanya perlu install dan aktifkan sahaja plugin tersebut.
Dalam tutorial video di atas, saya menggunakan pilihan pertama memandangkan Prospek Digital (blog yang saya gunakan untuk tujuan demo tutorial ini) sudah menggunakan plugin Jetpack.
#2 – Aktifkan Markdown
Seterusnya, anda perlu mengaktifkan fungsi Markdown ini. Langkahnya adalah dengan pergi ke bahagian Settings > Discussion.
Scroll sedikit ke bawah dan cari satu bahagian bernama Markdown. Tandakan kotak yang tersedia di dalam bahagian itu untuk mengaktifkan fungsi Markdown dalam WordPress.
#3 – Guna Markdown
Sekarang, anda sudah boleh gunakan fungsi-fungsi Markdown. Buat satu post baru dan gunakan mod Text. Jangan gunakan mod Visual.
Anda boleh rujuk panduan yang disediakan oleh pihak WordPress ini untuk melihat senarai penuh kod-kod Markdown yang betul.
***
Secara peribadi, saya sangat selesa menggunakan fungsi Markdown ini kerana saya banyak mengemaskini blog-blog saya setiap hari termasuk blog ini dan Prospek Digital.
Jika anda seorang penulis yang aktif menerbitkan artikel dan post-post baru setiap hari, saya sangat mencadangkan anda untuk menggunakan fungsi Markdown ini.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: apa itu markdown, cara guna markdown, cara gunakan markdown, cara tulis blog dengan cepat