Selamat Datang Penulis Dirahmati Tuhan | Bina Blog Dot Com Sendiri

Selamat Datang Penulis Dirahmati Tuhan

selamat-datang-penulis-dirahmati-tuhan

Salam dan hai,

Selamat datang ke blog rasmi Bina Blog Dot Com Sendiri. Syukur kepada Tuhan, setelah beberapa minggu pelancaran secara tertutup projek ini, akhirnya blog ini berjaya dibangunkan.

Secara ringkas, Bina Blog Dot Com Sendiri adalah salah satu projek daripada tim Zulh Freelancer ™. Bina Blog Dot Com Sendiri ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan membantu para penulis blog baharu.

Sumber Rujukan Pencinta Ilmu Blogging

Dari semasa ke semasa, penulis akan berkongsi tentang perihal pengurusan blog, tips penjenamaan blog dan tips penulisan blog.

Artikel-artikel seterusnya adalah artikel sokongan dan pelengkap kepada kursus Bina Blog Dot Com Sendiri yang ditawarkan secara PERCUMA di dalam Ruangan Ahli.

Penulis dengan rasa rendah hati berharap agar kursus ini boleh membantu mereka yang berminat untuk memiliki sebuah blog sendiri.

Anda juga dialu-alukan untuk menyertai senarai emel yang kami sediakan bagi memastikan anda tidak terlepas daripada sebarang hebahan dan makluman daripada penulis.

Tulis Yang Baik-baik Sahaja

Akhir kata, salam pembuka bicara dan perkenalan daripada penulis. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan kepercayaan yang diberi.

Doakan agar usaha penulis dan tim dalam membantu lebih ramai penulis yang baik-baik sahaja di luar sana dipermudahkan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

PS: Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah. Mari kita berkenal-kenalan dahulu sebelum ke topik seterusnya. Boleh?

Kredit foto: notashamed.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.