Web Hosting: Apakah Maksud Unlimited Domain?
Bagi anda yang mahu membina laman web atau blog, web hosting merupakan salah satu keperluan wajib yang perlu anda sediakan terlebih dahulu.
Antara perkara yang sering dilihat sebelum membeli web hosting adalah: saiz storan akaun hosting (disk storage), had penggunaan data bulanan yang dibenarkan (bandwidth), saiz pangkalan data yang dibenarkan (database) dan pelbagai lagi.
Namun begitu, terdapat satu lagi perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Perkara tersebut adalah, jumlah nama domain yang dibenarkan untuk setiap akaun web hosting.
Maksud Unlimited Domains
Bagi sesetengah syarikat penyedia web hosting, mereka mengehadkan bilangan domain untuk setiap pelanggan bergantung kepada pakej yang diambil.
Contohnya, untuk Pakej A, pelanggan boleh gunakan untuk 1 laman web (1 nama domain) sahaja. Bagi Pakej B, 3 laman web (3 nama domain) dibenarkan. Dan, bagi Pakej C, tiada had laman web (nama domain) ditetapkan.
Dalam contoh di atas, Pakej C adalah pakej Unlimited Domains. Pelanggan yang mempunyai akaun Pakej C ini boleh menggunakan akaun yang sama untuk seberapa banyak nama domain atau laman web yang mereka ada. Tiada had.
Baca: 7 Tips Memilih Web Hosting Terbaik Untuk Blog WordPress Anda
***
Kesimpulannya, maksud Unlimited Domains adalah: kita boleh gunakan akaun web hosting kita itu untuk seberapa banyak laman web (nama domain) yang kita mahu. Bergantung kepada keperluan semasa, buat pilihan yang bijak.
Kredit foto: Sempoi Hosting
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: domain tanpa had, maksud unlimited domains, unlimited domains web hosting malaysia