WordPress 4.0 Diperkenalkan Secara Rasmi - Apa Yang Baru? | Bina Blog Dot Com Sendiri

WordPress 4.0 Diperkenalkan Secara Rasmi – Apa Yang Baru?

wordpress-40-diperkenalkan

Pihak WordPress hari ini mengumumkan versi stabil 4.0 sudah sedia untuk dimuat turun dan dikemaskini oleh para pengguna WordPress seluruh dunia.

Versi 4.0 ini dikenali dengan nama ‘Benny’ di mana melalui versi ini, mereka memberi sentuhan pada perkara-perkara seperti: grid view untuk Media Library, widget customizer, kebolehan untuk meletakkan embed media dengan pantas, pemilihan bahasa pada bahagian admin dan halaman keputusan carian Plugins yang baru.

Anda boleh melihat fungsi-fungsi baru ini secara ringkas dalam video di bawah:

Kami juga ada membuat review untuk versi 4.0 beta sebelum ini. Anda boleh melihat setiap fungsi-fungsi baru WordPress 4.0 dengan lebih dekat di sini atau anda juga boleh menonton video berikut:

Jadi, anda sudah boleh mula mengemaskini versi WordPress anda ke versi 4.0 ini bermula hari ini.

Sudah Update Ke Versi 4.0? Apa Komen Anda?

Adakah anda sudah kemaskini WordPress anda ke versi 4.0 ini? Apa pendapat anda tentang versi terbaru ini? Sila kongsikan pendapat anda dengan kami di dalam ruangan komen di bawah.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,