WordPress 4.1 Diperkenalkan Secara Rasmi - Apa Yang Baru? | Bina Blog Dot Com Sendiri

WordPress 4.1 Diperkenalkan Secara Rasmi – Apa Yang Baru?

wordpress 4.1

Pada hari semalam, pasukan pembangun WordPress telah memperkenalkan versi terbaru WordPress 4.1 yang dinamakan sebagai “Dinah” secara rasmi.

Mari kita lihat apa perkara baru pada versi 4.1 ini.

#1 – Tema Twenty Fifteen


tema twenty fifteen mobile

Melalui WordPress 4.1 ini, sebuah tema baru dikenali sebagai Twenty Fifteen juga diperkenalkan yang mana membawakan rekaan yang cukup minimal dan ringkas sekali.

#2 – Mod Penulisan Yang Lebih Fokus

Bersama-sama dengan versi ini, pihak WordPress juga telah memberi sedikit sentuhan kepada text editor di mana kini ia menyokong “distraction-free writing mode”.

wordpress 4.1 text editor

Apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan menyembunyikan elemen-elemen lain dibahagian kiri dan kanan text editor agar penulis boleh fokus menulis dengan lebih baik. Apabila cursor tetikus keluar daripada ruang text editor, elemen-elemen tadi akan muncul semula.

#3 – Vine Embed Lebih Mudah

contoh vine embed wordpress

Selain itu, kini anda juga boleh memasukkan Vine post dengan mudah. Versi WordPress 4.1 ini akan memasukkan Vine post ke dalam artikel anda tanpa perlu anda meletakkan ’embed code’ Vine post tersebut. Anda hanya perlu meletakkan URL Vine post yang anda mahu sahaja dan ia akan muncul secara automatik.

#4 – Pilihan Untuk Menukar Bahasa

Disamping itu, kini anda juga sudah boleh bertukar ke pilihan bahasa lain dengan mudah. Anda boleh menukar tetapan bahasa melalui bahagian Settings.

wordpress pilihan bahasa

Ketika artikel ini ditulis, pilihan Bahasa Melayu masih belum ada. Hanya Bahasa Indonesia sahaja yang ada.

#5 – Cadangan Plugin

Dan akhir sekali, pihak WordPress memberi sedikit sentuhan pada bahagian Plugins di mana kini terdapat satu tab baru bernama “Recommended”. Di dalam tab ini, anda akan melihat cadangan plugin yang berkait dengan plugin yang telah anda pasang di laman WordPress anda.

recommended plugin wordpress

***

Secara kesuluruhannya, versi WordPress 4.1 ini cuba membawakan stail yang ringkas, minimal dan mahu membantu pentadbir dan penulis agar lebih produktif ketika mengendalikan laman WordPress mereka.

Anda sudah boleh mengemaskini versi WordPress anda sekarang. Log masuk ke bahagian admin WordPress anda, klik pada Dashboard > Updates.

Penting: Sebelum menaik taraf ke versi 4.1, saya amat menggalakkan anda untuk membuat backup terlebih dahulu. Rujuk tutorial ini untuk melihat cara-cara untuk membuat backup menggunakan cPanel.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,