5 Perkara Baru Dalam WordPress 4.2 | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Perkara Baru Dalam WordPress 4.2

apa-yang-baru-dalam-wordpress-4-2

Pada 23 April lepas, pihak WordPress telah mengumumkan versi terbaru WordPress 4.2 dinamakan sebagai Powell.

Melalui versi 4.2 ini, WordPress fokus untuk mempermudahkan lagi proses komunikasi dan perkongsian buat para pengguna mereka.

#1 – Sokongan Perkongsian Pantas PressThis

fungsi-press-this-dalam-wordpress

Dengan PressThis, pemilik blog kini boleh berkongsi sesuatu kandungan ke blog mereka dengan lebih pantas dan mudah.

Sebagai contoh, jika mereka mahu berkongsi sesuatu video di Youtube ke dalam blog mereka, mereka hanya perlu klik pada bookmarklet PressThis di bookmark bar pelayar internet mereka sahaja.

#2 – Sokongan Emoji 😀 👌

fungsi-emoji-dalam-wordpress

Seterusnya, WordPress kini menyokong emoji.

Untuk menggunakannya, 👉 rujuk panduan ini 👈.

Selain daripada pengenalan emoji, WordPress kini turut menyokong kandungan dalam bahasa lain yang tidak menggunakan karakter latin seperti bahasa Jepun, Korea dan sebagainya.

#3 – Live Preview Tema Dalam Customizer

tukar-theme-live-wordpress

Selain itu, WordPress juga telah memperkenalkan fungsi Live Preview untuk tema di dalam bahagian Customizer di mana kini pemilik blog boleh menguji cuba dan membuat suntingan asas terlebih dahulu ke atas mana-mana tema sebelum mengaktifkannya.

#4 – Update Pantas

update-pantas-dalam-wordpress

Jika sebelum ini proses mengemaskini plugin dan tema agak membosankan, kini proses tersebut lebih interaktif dan ringkas di mana pihak WordPress telah mempermudahkan proses update.

Hanya perlu klik pada Update Now dan plugin atau tema akan dikemaskini tanpa banyak klik seperti sebelum ini.

#5 – Tumblr & KickStarter Embed

tumblr-embed-dalam-wordpress

Dan yang terakhir, kini pengguna WordPress boleh meletakkan kandungan daripada Tumblr dan KickStarter dengan mudah hanya dengan meletakkan URL sesuatu kandungan daripada 2 laman ini.

WordPress akan mengenalpasti sumber kandungan tersebut dan memuatkannya terus ke dalam text editor sama seperti kandungan dari Youtube, Twitter dan Instagram sebelum ini.

***

Bagi anda yang menggunakan WordPress, anda sudah boleh menaiktaraf WordPress anda ke versi 4.2 ini.

Log masuk ke panel admin laman WordPress anda > Dashboard > Updates. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila backup terlebih dahulu blog anda.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,