Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014: Undian Dibuka
Seperti yang telah kita sedia maklum, acara Malaysia Social Media Week (MSMW) akan diadakan lagi pada tahun ini. Kami di Bina Blog Dot Com Sendiri berjaya terpilih dan tercalon di dalam kategori Best Educational Blog.
Bermula pada 1 Februari 2014, penganjur MSMW 2014 membuka peluang kepada orang ramai untuk mengundi blog pilihan mereka. Hanya 1 pemenang sahaja akan dipilih untuk setiap kategori yang dipertandingkan.
Undi Kami Untuk Best Educational Blog
Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk mempelawa tuan puan yang budiman untuk mengundi projek Bina Blog Dot Com Sendiri sebagai Best Educational Blog bagi MSMW tahun ini.
Acara MSMW 2014 ini merupakan acara pertama yang mempertandingkan projek Bina Blog Dot Com Sendiri ini bagi membawa jenama ini ke ‘next level’ yang lebih baik.
3 Langkah Mudah Untuk Mengundi Kami
Berikut adalah tutorial untuk melakukan undian tersebut:
#1 – Daftar Akaun di MSMW 2014
Klik di sini dan lengkapkan maklumat ringkas anda dan kemudian klik pada butang ‘Submit‘ seperti di atas.
Kemudian, anda akan melihat paparan seperti berikut:
#2 – Semak Emel & Sahkan Pendaftaran Anda
Log masuk ke akaun emel anda dan buka emel yang dihantar oleh ‘MSMW2014‘. Seterusnya, klik pada pautan yang terdapat di dalam emel tersebut untuk mengesahkan pendaftaran anda tadi.
Nota: Jika emel ini tiada dalam INBOX, sila semak di dalam folder SPAM atau JUNK.
#3 – Lakukan Undian Anda
Klik link ini untuk akses ke bahagian Best Educational Blog dan cari projek Bina Blog Dot Com Sendiri di dalam senarai tersebut seperti ini:
Seterusnya, klik pada butang ‘Vote‘ bewarna hijau seperti di atas.
Selesai! Anda telah berjaya mengundi kami untuk Best Educational Blog.
Terima kasih!
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: anugerah malaysia social media week 2014, malaysia social media week (msmw) 2014, msmw 2014