WordPress 5.0 — Apa Yang Baru?
Pada 6 Disember 2018 lepas, pasukan WordPress melancarkan versi terbaru WordPress iaitu 5.0 yang juga dikenali sebagai “Bebo”.
Terdapat dua pembaharuan utama di dalam versi ini; block editor (atau lebih dikenali dengan nama Gutenberg) dan tema Twenty Nineteen.
Tonton video saya di bawah untuk lihat demo bagaimana Gutenberg berfungsi di dalam WordPress 5.0:
Secara ringkas, Gutenberg adalah sebuah WYSIWYG editor seperti Divi, VisualComposer dan lain-lain. Ianya hadir terbina di dalam kod sumber WordPress 5.0 dan tidak memerlukan sebarang plugin atau tema tambahan untuk digunakan seperti sesetengah WYSIWYG yang lain.
Tema Twenty Nineteen pula adalah tema percuma yang diberikan oleh pasukan WordPress kepada pengguna. Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun mereka akan mengeluarkan sebuah tema percuma untuk para pengguna WordPress.
Jika anda berminat untuk mula menggunakan WordPress 5.0 ini, anda boleh muat turun kod sumbernya di sini. Jika anda sudah mempunyai WordPress, anda boleh lakukan kemaskini menggunakan WP Admin laman web WordPress anda.
PENTING
Kemaskini dari versi 4.x.x ke versi 5.0 ini adalah kemaskini besar (breaking changes). Saya amat menyarankan anda untuk membuat backup terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah. Rujuk tutorial ini untuk lihat cara buat backup.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: apa yang baru dalam wordpress 5.0, fungsi block editor dalam wordpress, fungsi gutenberg dalam wordpress, wordpress 5.0