Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini | Bina Blog Dot Com Sendiri

Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini

Dengan jumlah majoriti carian di Google yang datang dari peranti mudah alih pada hari ini, kita sebagai pemilik laman web harus memastikan agar laman web atau blog kita berjalan dengan pantas dan lancar – khususnya di peranti mudah alih.

Selain membuatkan pengunjung laman web anda berasa gembira, loading time yang laju juga akan memberi impak positif kepada SEO sesebuah laman web dan blog.

Jika sebelum ini saya ada berkongsi 3 laman web yang boleh kita gunakan untuk mengetahui loading time laman web kita, hari ini saya akan kongsikan satu lagi tool yang serupa.

Disediakan oleh Google, tool baru ini memfokuskan kepada mobile web loading time test atau ujian kelajuan laman web (di dalam peranti) mudah alih.

Semak kelajuan mobile web anda di sini

Terdapat 3 komponen utama yang ditekankan oleh Google di dalam projek mereka ini:

  1. Mobile Friendliness – memberitahu kita paparan dan pengalaman pengguna (user experience) laman web kita
  2. Mobile Speed – memberitahu kita kelajuan laman web kita di dalam peranti mudah alih seperti smartphone dan tablet
  3. Desktop Speed – memberitahu kita kelajuan laman web kita di komputer meja (desktop) dan komputer riba (laptop)

Anda juga boleh mendapatkan laporan penuh tentang prestasi laman web anda dengan memberikan alamat emel anda kepada Google.

Dalam masa beberapa minit, laporan seperti ini akan diemelkan kepada anda (klik & zoom untuk paparan lebih jelas).

Jadi, berapakah skor laman web anda? Kongsikan dengan saya di bawah!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,


  • KamilSalleh

    Terima kasih bro berkongsi info berkaitan cara nak semak kelajuan blog atau website.

  • Ira

    Trima kasih memberi input y berguna, boleh la cuba lpas ni .. keep updating ya info2 begini