Tutorial: Cara Memasang Google Webmaster Tools Pada Blog WordPress (Video)
Nota: Klik video di bawah untuk melihat tutorial.
Jika seorang juruterbang melihat status & kesihatan kapal terbangnya hanya melalui panel pemanduannya, seorang penulis blog juga memerlukan sebuah ‘kokpit khas’ bagi memudahkan urusan pentadbiran kesihatan blog.
Google Webmaster Tools (GWT) adalah antara perisian percuma yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Saya ada menulis lebih lanjut tentang GWT ini dalam artikel sebelum ini. Anda boleh baca di sini.
Melalui GWT, kita boleh:
- Melihat ‘crawling & indexing errors‘ yang berlaku pada blog kita.
- Melihat kata kunci yang digunakan oleh pembaca yang sampai ke blog kita melalui enjin carian.
- Menguruskan fail sitemap.
- Dan pelbagai lagi tetapan-tetapan khas yang lebih teknikal bagi membantu bot-bot enjin carian menjalankan tugas mereka.
Contoh paparan dashboard GWT adalah seperti di bawah:
Hari ini, saya ingin tunjukkan kepada anda langkah-langkah untuk memasang GWT ini pada blog WordPress. Prosesnya adalah seperti berikut:
- Bina akaun Gmail (jika belum ada).
- Daftar percuma di Google Webmaster Tools.
- Tambah blog di panel kawalan Google Webmaster Tools.
- Kemaskini Tracking Code yang diberikan.
- Sahkan kemaskini dan selesai.
Klik butang ‘play’ di bawah untuk tonton tutorial penuh:
Nota: Pastikan anda memasukkan alamat blog yang tepat berdasarkan lokasi pemasangan semasa blog anda. Jika blog anda dipasang di dalam folder ‘/blog/’, maka masukkan URL seperti ‘www.abc.com/blog’.
***
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau masalah, kongsikan masalah tersebut dalam ruangan komen di bawah. Saya akan cuba bantu.
Semoga tutorial ini memberi manfaat kepada anda. Klik butang Like, Tweet & +1 di bawah untuk kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan penulis blog yang lain.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: cara install google webmaster tools, cara pasang google webmaster tools pada blog wordpress, langkah-langkah pemasangan google webmaster tools