Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Writer's Block? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Writer’s Block?

bagaimana-untuk-mengatasi-masalah-writers-block
Proses mencari idea untuk dijadikan sebagai ‘modal penulisan‘ merupakan salah satu proses yang sering dilabel sebagai ‘fasa kritikal’ dalam aktiviti blogging. Biarpun kita sebagai penulis sudah sedia maklum bahawa, idea yang baik tidak menjanjikan penulisan yang baik.

Situasi writer’s block berpunca daripada sifat perfectionist seseorang penulis. Penulis seperti ini cenderung untuk menulis apabila mereka mempunyai idea yang luar biasa sahaja.

Tiada yang lain mereka mahukan melainkan kesempurnaan semata-mata. Hal ini secara tidak langsung telah mengundang satu tembok penghalang kepada si penulis untuk berkarya dengan lebih lancar dan kreatif.

Beri Laluan Kepada Diri Sendiri


Salah satu cara untuk keluar daripada belenggu writer’s block ini adalah dengan membenarkan diri sendiri menulis apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran. Skrip yang boleh digunakan adalah:

“…izinkan saya untuk menulis ___________.”

Dengan berkata sedemikian, kita akan mendorong minda separa sedar untuk membenarkan anggota badan yang lain untuk hadir dengan idea penulisan yang lebih lancar tanpa sebarang rasa ‘takut tidak sempurna’.

Tidak Semestinya Yang Terbaik

Selain itu, harus diingatkan juga kepada diri sendiri, artikel yang sedang ditulis tidak wajib sempurna dan terbaik. Apabila kita meletakkan target seperti ini, kita secara tidak sedar telah membebankan diri sendiri untuk hadir dengan bait-bait perkataan yang enak dan puitis sahaja.

Akibatnya, kita perlukan terlalu lama masa untuk menyiapkan satu artikel. Malah, lebih teruk, kita mungkin memadam semua yang telah kita tulis kerana khuatir ia tidak mencapai tahap ‘perfectionist‘ yang ada di dalam diri.

Had Masa & Tulis Sebanyak Mungkin

Dengan meletakkan satu had masa, kita akan stress. Situasi stress ini akan membantu kita untuk menulis dan terus menulis tanpa berfikir terlalu panjang dan bukan-bukan tentang apa yang sedang kita tulis.

Jika kita sering memanjakan diri untuk menulis secara santai, kita akan berasa cukup selesa. Zon selesa seperti ini memberi peluang kepada kita untuk bertangguh dan terus bertangguh dan tidak mustahil, kita akan berhenti menulis sampai di situ sahaja.

***

Kesimpulannya, masalah writer’s block ini boleh ditangani dengan mengubah gaya fikir diri sendiri. Tulis dengan hati yang tenang. Dengan izin Tuhan, penulisan tersebut akan lancar dan idea yang datang berlimpahan secara tidak sedar. Mulakan sekarang!

Kredit foto: etharooni.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,