Bina Blog Dot Com Sendiri Kini Bersama Prospek Digital | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bina Blog Dot Com Sendiri Kini Bersama Prospek Digital

bina-blog-dot-com-sendiri-prospek-digital

Bermula pada 1 Mac 2014, jenama Bina Blog Dot Com Sendiri sudah bergerak bersama-sama dengan Prospek Digital. Bagi anda yang masih belum mengetahui tentang Prospek Digital, ianya adalah sebuah laman web yang diasaskan oleh Tuan Amirul Faisyal.

Beliau sedang bertugas sebagai salah seorang Search Engine Marketing (SEM) Specialist di salah sebuah syarikat antarabangsa dan pengelaman luas dalam aspek pengiklanan berbayar seperti Google AdWords & Bing Ads.

Objektif utama Prospek Digital ditubuhkan adalah:

…membantu seramai yang boleh pemilik bisnes kecil & sederhana untuk mendapatkan prospek bisnes mereka dari enjin carian – dengan cara yang betul.

Usaha sama antara dua jenama ini tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada semua pelajar kursus online Bina Blog Dot Com Sendiri. Semua kandungan kursus online masih disediakan seperti biasa – dan masih PERCUMA.

3 Fakta Menarik Tentang Usaha Sama Ini

Beberapa highlights penting tentang penggabungan dua jenama ini adalah:

  • Ianya bermula dengan teguran & jemputan ringkas di Facebook sahaja.
  • Kedua-dua founder (saya & Tuan Amirul) bersetuju untuk mengekalkan kedua-dua laman ini beroperasi secara berasingan tanpa ‘rebrand’ menjadi sebuah jenama baru.
  • Kami bermula secara bootstrap – tiada tajaan, tiada angel investor, tiada VC, tiada bantuan geran buat masa ini.

Apa Yang Akan Berlaku Selepas Ini?

Beberapa perkara yang akan berlaku selepas ini:

  1. Saya akan kurang menulis tentang SEO lagi di sini. Ini kerana, tugas utama saya di Prospek Digital adalah untuk memberi education kepada pembaca di sana akan hal SEO. Oleh itu, saya akan lebihkan kandungan berbentuk teknikal blogging sahaja di sini.
  2. Segala bentuk perkongsian dalam konteks teknikal blog di Prospek Digital akan dihantar ke blog ini. Ini bermakna, blog ini akan menjadi ‘base‘ buat setiap pelajar Prospek Digital yang mahu bermula.
  3. Semua subsciber mailing list Bina Blog Dot Com Sendiri akan terus menerima tips blogging PERCUMA dari saya. Saya akan selang-selikan perkongsian berkaitan Prospek Digital (SEO) & Bina Blog Dot Com Sendiri (teknikal) di dalam emel-emel akan datang.

Semoga dengan penggabungan dua jenama ini akan memberikan lebih banyak manfaat buat tuan puan sekalian. Nantikan pelbagai perkara menarik dari kami di Bina Blog Dot Com Sendiri & Prospek Digital selepas ini.

– Zulhilmi Zainudin
Founder Bina Blog Dot Com Sendiri
3 Mac 2014

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: