Tutorial: Bagaimana Cara Untuk Meletakkan Video YouTube Pada Blog WordPress?
Salah satu bentuk kandungan yang semakin diminati ramai pengguna Internet hari ini adalah kandungan berbentuk video. YouTube adalah antara laman perkongsian video paling popular di dunia.
Saudara Kamil Salleh dalam artikel sebelum ini ada bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk meletakkan video YouTube ke dalam artikel pada blog.
Oleh itu, berikut adalah tutorial ringkas daripada saya bagaimana untuk melakukannya.
Teknik Meletakkan Video Dalam Blog
Langkah #1: Pergi ke video yang anda mahu kongsikan dan klik pada tab ‘Share‘.
Langkah #2: Klik pula pada tab ‘Embed‘.
Langkah #3: (Tidak wajib) – Masukkan saiz (lebar) video yang anda mahukan (dalam piksel).
Langkah #4: Right-click mouse anda pada kod yang tertera, klik pada ‘Copy‘.
Langkah #5: Buka artikel yang anda mahu letakkan video tersebut, klik pada tab ‘Text‘.
Langkah #6: ‘Paste‘ kod embed yang telah anda ‘copy‘ sebentar tadi di antara ayat-ayat artikel anda.
Langkah #7: Terbitkan artikel & selesai!
Jika anda masih kurang jelas, tonton video di bawah:
***
Kesimpulannya, proses meletakkan video daripada YouTube atau mana-mana laman perkongsian video lain mudah sahaja jika kita tahu kaedahnya. Selamat mencuba!
P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: cara letak video youtube dalam blog, kaedah letak video youtube dalam blog, teknik letak video dalam blog