Apa Itu Google Analytics?
Dalam setiap proses pemasaran tidak kira online atau pun offline, Return of Investment (ROI) bagi setiap kempen itu adalah sangat penting.
Begitu juga dalam dunia blogging. Kita sebagai penulis dan pemilik laman web dan blog harus tahu metrik-metrik penting seperti berapa jumlah pelawat untuk artikel-artikel kita, adakah mereka melakukan tindakan yang kita harapkan dan sebagainya.
Google Analytics – Perisian Percuma Untuk Menyukat Data Pelawat
Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai perisian yang menawarkan ciri-ciri seperti berikut:
- Menyukat jumlah pelawat blog setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
- Mengesan lokasi pelawat, sistem operasi yang pelawat gunakan dan jenis pelayar web yang pelawat gunakan.
- Analisis jumlah keseluruhan trafik (pelawat) kepada beberapa bahagian.
- Menyusun kata kunci (keyword) yang digunakan oleh pelawat semasa mencari laman web dan blog kita.
- Mengira kadar conversion (conversation rate) untuk kempen-kempen yang sedang kita jalankan.
- Dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik yang sangat membantu.
Walaupun begitu, kebanyakkan perisian-perisian ini mengenakan caj yang agak tinggi dan sebagai seorang yang masih baru dalam dunia blogging, rata-rata penulis baru tidak mempunyai bajet yang begitu besar untuk dilaburkan pada perisian yang lebih ‘advance’ pada peringkat awal.
Google melalui salah satu produknya yang dinamakan sebagai Google Analytics memberikan kita (penulis & pemilik laman web dan blog) peluang untuk menggunakan perisian ini secara percuma sahaja.
Cara-cara Memasang Google Analytics Pada Blog
Untuk memasang Google Analytics pada laman web dan blog berasaskan sistem WordPress, ianya mudah sahaja.
Terdapat pelbagai plugin yang tersedia di pasaran sekarang. Antara yang saya sarankan adalah plugin Google Analyticator.
Berikut adalah proses pemasangan Google Analytics:
- Daftarkan laman web atau blog di Google Analytics menggunakan akaun Gmail (bina satu akaun Gmail jika belum ada).
- Dapatkan ‘tracking code’ dan ‘copy’.
- ‘Paste’ tracking code tersebut pada laman web atau blog anda (guna plugin untuk memudahkan langkah ini).
Rujuk video di bawah ini untuk lihat tutorial pendaftaran & pemasangan Google Analytics pada blog WordPress.
***
Kesimpulannya, Google Analytics adalah salah satu perisian yang memboleh pemilik laman web dan blog melihat dan mengetahui data yang lebih lengkap berkaitan pelawat-pelawat laman web dan blog mereka dan bagaimana setiap pelawat ini bertindak balas terhadap setiap kempen pemasaran yang sedang dijalankan.
Kredit foto: Google Analytics.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: apa itu google analytics, cara pasang google analytics pada blog blog wordpress, kelebihan google analytics pada laman web & blog