Tutorial: Cara Mudah Buat Order Form Menggunakan WordPress
Salah satu aktiviti yang memakan banyak masa usahawan internet setiap hari adalah membuat follow-up dan mengemaskini senarai pelanggan yang sudah membuat bayaran dan yang masih belum membuat bayaran bagi tempahan mereka.
Bagi usahawan yang tahu tentang Google Form, mereka menggunakan Google Form untuk membina borang di mana pautan borang tersebut diberikan kepada pelanggan untuk diisi selepas mereka membuat bayaran.
Walaupun Google Form adalah sebuah tool yang percuma, ia ada beberapa kekurangan di mana pelanggan akan melihat ayat seperti “This form is created using Google Form“. Ia boleh menjejaskan reputasi dan jenama bisnes tersebut di mata pelanggan.
Alternatif Google Form Untuk Usahawan Internet
Selain dari Facebook, terdapat juga golongan usahawan yang menggunakan laman web dan blog dalam memasarkan produk mereka. Sebahagian besar daripada sistem web dan blog yang mereka gunakan itu adalah sistem WordPress.
Jika di dalam tutorial sebelum ini saya pernah berkongsi cara untuk membina borang hubungi di WordPress, kali ini saya ingin berkongsi lagi tentang topik “borang” ini.
Cara Buat Order Form Guna WordPress
Baik, untuk tutorial ini, saya menganggap anda sudah mempunyai sebuah laman WordPress sendiri. Laman WordPress anda ini perlu dipasang di web-hosting sendiri dan anda perlu mempunyai nama domain anda sendiri.
Jika anda masih belum mempunyai laman WordPress sendiri, klik sini untuk belajar. Anda akan mendapat akses ke siri video tutorial lengkap WordPress secara PERCUMA selepas anda mendaftar. Video dalam Bahasa Melayu. eBook juga disediakan untuk rujukan.
Untuk tutorial ini, saya memilih untuk merakam video tutorial kerana ia agak panjang untuk disediakan dalam bentuk tutorial bergambar. Dan, saya yakin anda akan lebih mudah faham apabila melihat video.
Sila tonton video di bawah.
Ada Kawan Buat Bisnes Online? Kongsikan Tutorial Ini!
Saya harap tutorial di atas bermanfaat dan membantu anda. Jika anda belajar sesuatu dan sukakan tutorial ini, sila kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan anda di Facebook. Mereka mesti suka! ;)
Selamat mencuba!
Advance: Redirect Ke Laman Terima Kasih Selepas Borang Dihantar
Jika anda menggunakan platform pengiklanan seperti Facebook Ads, Google AdWords atau platform analytics seperti Google Analytics, mungkin anda mahu mengukur conversion rate kempen pemasaran anda.
Disebabkan oleh sistem Contact Form 7 secara asasnya tidak menawarkan fungsi redirection selepas sesuatu borang dihantar, agak sukar bagi kita untuk mengukur conversion rate tersebut.
Namun begitu, ia masih boleh dibuat. Caranya begini:
- Klik pada Contact > Nama borang anda.
- Klik pada tab bernama Additional Settings
- Masukkan kod seperti ini:
on_sent_ok: window.location.href = “http://contoh.com/terima-kasih/”; - Save
Contoh seperti berikut:
Nota:
- Pastikan URL anda mempunyai “http://” atau “https://” di hadapannya.
- Pastikan URL tersebut berfungsi. Anda perlu bina dulu page Terima Kasih tersebut sebelum membuat redirection seperti ini.
- Jangan lupa letakkan tracking script yang anda dapat daripada Facebook Ads/Google AdWords/Google Analytics di page Terima Kasih anda tersebut.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: buat borang tempahan online untuk blog, cara buat borang tempahan online, cara buat order form, cara buat order form untuk blog, cara buat order form untuk wordpress, tutorial cara buat order form